surah al-fatihah bersama terjemahan dan asbabun
Friday, 2 March 2012 | 07:28 | 0 comments
huraian pada ayat yang bertanda :1) Yaumiddin ( hari pembalasan ), hari waktu manusia menerima pembalasan amalnya , baik atau buruk . disebut juga yaumul qiyamah , yaumul hisab , dan sebagainya .
2) Jalan yang lurus , iaitu jalan hidup yang benar , yang dapat membuat bahagia di dunia dan di Akhirat .
3) Mereka yang dimurkai adalah mereka yang sengaja menentang ajaran islam . Mereka yang sesat adalah mereka yang sengaja mengambil jalan lain selain ajaran islam .
................................................................................
Abu Sa'id bin Mu'alla berkata,
" Pada suatu hari, aku sedang solat di masjid. selesai solat ,aku dipanggil Rasulullah s.a.w. kemudian Rasulullah s.a.w. pun bersabda,' Aku akan mengajarkan mu sebuah surah yang teragung didalam al- Qur'an sebelum engkau keluar dari masjid,'
Aku bertanya,' Surah apakah itu , wahai Rasulullah ?'
Rasulullah s.a.w. kembali bersabda ,' ( ia adalah surah ) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang ( didalam setiap rakaat ) dan Al-Qur'an yang agung yang diberikan kepada ku." ( Hadith riwayat . Bukhari, Abu Dawud, Nasa'i )
................................................................................
* Al - Fatihah adalah surah yang didalamnya termaktub munajat antara hamba dan Allah S.W.T.
Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah s.a.w. bersabda , " Allah S.W.T. telah berfirman , ' Aku telah membagi ( kandungan makna ) surah al- fatihah untuk ku dan untuk hamba ku menjadi dua bahagian , Aku akan mengabulkan apa yang hamba ku pinta. '
Apabila dia membaca, ' Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, '
Aku akan membalasnya dengan berfirman, ' Hamba ku telah memuji-Ku .'
Apabila dia membaca, ' Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ,'
Allah S.W.T berfirman ,' Hamba Ku telah memuji Ku.'
Apabila dia membaca ,' Yang menguasai di Hari Pembalasan,'
Allah S.W.T berfirman ,' Hamba Ku telah mengagungkan Ku,' lalu Allah berfirman sekali lagi,' Hamba Ku telah memasrah urusannya kepada Ku.'
Apabila dia membaca ,' Hanya Engkau lah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau lah kami meminta pertolongan ,'
Allah S.W.T. berfirman ,' Ini adalah urusan antara Aku dan hamba Ku , dan aku akan mengabulkan apa yang hamba Ku pinta ,'
Apabila dia membaca ,' Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat ( iman ) kepada mereka ; bukan ( jalan ) mereka yang dimurkai dan bukan ( pula jalan ) mereka yang sesat,'
Allah S.W.T. berfirman ,' Ini adalah untuk hamba Ku , dan dia akan mendapat apa yang dia pinta."
( Hadith riwayat : Muslim , Abu Dawud , Tirmidzi , Nasa'i , dan Ibnu Majah )
